Friday 19 July 2013

Respect begets respect.

Khutbah Jumaat hari ini power. Isu semasa.Nama ‪#‎Alvivi‬ naik. "Tindakan ke atas pasangan Tiong Hua ini perlu diambil tetapi kita juga perlu ambil tindakan ke atas orang Islam yang menghina agama lain. Orang yang suruh bakar Bible. Orang yang hina tuhan agama Hindu, kata tuhan mereka tidak ada kuasa. Ayat Quran 6:108 "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan." Apabila kita menghina agama mereka, kita buka pintu kepada penganut agama lain untuk menghina agama Islam. Kalau kita tidak menghukum orang Islam yang menghina agama lain, kita sudah jatuh kepada orang yang memperjuangkan asabiah. Apa dia asabiah? Maka jawab Nabi (saw), “Yaitu kamu membela golonganmu pada kezaliman (perbuatan dosa). Orang yang memperjuangkan asabiah ini, Nabi (saw) tidak mengaku umat.

No comments:

Post a Comment